![]() |
![]() |
||||||||
| |
|
|
|||||||
| Ucapan Pengarah Pelesenan | |||||||||
|
|
|
|
|
||||||
|
|
Segala puji bagi Allah s.w.t. serta selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w dan rahmat Allah s.w.t. kepada kaum muslimin dan muslimat serta warga kota seluruhnya.
Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran kepada Allah s.w.t. di atas kuniaNya dengan mengizinkan Jabatan Pelesenan menyediakan 'Portal Laman Web' sebagai suatu kemudahan kepada wargakota untuk mendapatkan maklumat secara'on-line' menarusi internet. Ini merupakan suatu pencapaian yang baik di peringkat jabatan khususnya yang seiring dengan era 'digital age' dengan kepesatan informasi teknologi maklumat supaya mempunyai daya saing yang berkesan menuju globalisasi. Sehingga kini Jabatan Pelesenan mengendalikan lebih daripada 45000 premis perniagaan yang berlesen di sekitar Kuala Lumpur. Dengan kemudahan portal ini adalah diharapkan para pelanggan yang berurusan dengan Jabatan Pelesenan khususnya bagi permohonan berbagai jenis lesen-lesen perniagaan seperti lesen premis, hiburan, iklan dan sebagainya akan menjadi lebih cekap dan berkesan menrusi e-Lesen. Proses permohonan kelulusan lesen dijangka akan menjadi lebih efisyen dan menepati keperluan pelanggan-pelanggan utama jabatan. Sementara itu kepada pencari maklumat dan pelayar laman web umumnya, portal ini dapat membantu dan memberi ruang pencarian maklumat secara 'on-line'. Portal ini juga berperanan menjadikan 'transparency' atau ketelusan perkhidmatan awam menjadi budaya kerja terhadap perkhidmatan kepada 'stake holders' dan rakyat umumnya. Akhir kata kemudahan portal ini menjadi pemangkin kepada perkhidmatan awam yang cemerlang, gemilang dan terbilang kepada wargakota khususnya dan rakyat amnya berasaskan ICT sebagai penjana maklumat yang tepat, berkesan dan berkredibeliti. |
||||||||
|
|
|||||||||
|
|
|||||||||
|
|
|||||||||
|
|
|||||||||
| |
|||||||||
| |
|||||||||
| |
|||||||||
![]() |
|||||||||
| |
|
|
|
|
|
|
|
|
|