Soalan yang sering diajukan

 

 

 
1.
(S)

Bagaimana prosedur memohon Lesen Premis Perniagaan ?

(J)

Prosedur memohon lesen premis perniagaan adalah seperti berikut :-

1.
Dapatkan borang di Jabatan Pelesenan, Tingkat 10, Menara DBKL 3, Bandar Wawasan, Kuala Lumpur.

2.
Syarikat @ Perniagaan tunggal hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Lampirkan bersama dokumen-dokumen seperti berikut :-

2.1

1 salinan Pendaftaran Syarikat / Perniagaan / Pertubuhan.
(Borang 9 & 49 atau Borang D beserta maklumat perniagaan dan pemilik)

2.2
1 salinan kad pengenalan / pasport pemohon

 

 

 

 

   
2.3
1 visual iklan papan tanda berwarna dan lokasi pemasangan iklan (Jika berkaitan)

2.
(S)
Bagaimana permohonan untuk membatalkan Lesen Premis Perniagaan ?

(J)
Untuk membatalkan lesen premis perniagaan, tuan dikehendaki mengisi borang pembatalan lesen perniagaan atau pun menghantar surat ke Jabatan Pelesenan menyatakan hasrat untuk membatalkan lesen premis perniagaan tersebut.

3.
(S)

Bagaimana memohon Lesen Premis Perniagaan di rumah / premis kediaman ?

(J)
Pemohon lesen premis perniagaan di rumah / premis kediaman hendaklah terlebih dahulu mendapatkan Perintah Pembangunan (DO) dari Jabatan Perancang yang menyatakan permohonan tukar guna bangunan kediaman kepada perdagangan.

4.
(S)

Jika saya ingin membuka perniagaan di premis yang lain, perlukah saya memohon lesen premis semula ?

(J)
Tuan dikehendaki membuat permohonan baru bagi perniagaan dipremis baru yang ditubuhkan. Pihak tuan tidak boleh menggunakan lesen di premis lama untuk diguna pakai di premis yang lain kerana alamat premis adalah berbeza.

5.
(S)

Saya telah kehilangan lesen premis perniagaan saya. Bolehkan saya dapatkan salinan pendua lesen saya ?

(J)
Tuan boleh mendapatkan salinan pendua di Jabatan Bendahari, Bahagian Hasil, Menara DBKL 2. Pihak kami tidak menyimpan mana-mana salinan pendua lesen premis perniagaan.

6.
(S)

Saya telah mempunyai lesen premis perniagaan, untuk 1 aktiviti sahaja. Jika saya ingin menambah aktiviti perniagaan perlukah saya membuat permohonan baru untuk aktiviti tersebut ?

(J)
Tuan tidak perlu membuat permohonan baru untuk menambah aktiviti tersebut. Tuan hanya perlu mengisi borang untuk penambahan aktiviti tersebut dengan syarat tambahan aktiviti adalah berkaitan dengan aktiviti lama.

Antara sebab-sebab permohonan lesen premis perniagaan ditolak oleh jawatankuasa Pelesenan.

1.

Premis mempunyai tangga tunggal adalah tidak dibenarkan mengikut Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.

2.
Terdapat tambahan dan perubahan yang tidak mendapat kelulusan perancangan dan pelan bangunan.

3.
Tidak mengemukakan penyata kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

4.
Premis tidak mematuhi keperluan dan langkah keselamatan pencegahan kebakaran seperti yang disyaratkan oleh Jabatan Bomba.

5.
Tidak memasang perangkap sisa minyak (Grease Trap).

6.
Terdapat bunyi bising dan kacaugangggu serta tiada sistem kawalan akoustik (Bunyi bising).

7.
Tidak mematuhi garis panduan Pelesenan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pelesenan.