Lesen Iklan : Lesen Iklan Papan Tanda Premis

Makluman Umum

 

Syarat Permohonan

  Iklan Papan Tanda  |  Iklan Tiang Lampu  | Iklan Kain Rentang  |  Iklan Belon  |
|  Iklan Paparan Sementara  |  Iklan Paparan Iklan Luar  |
 
Syarat-Syarat Lesen

•  Menjelaskan bayaran lesen dalam tempoh 14 hari dari tarikh surat kelulusan dikeluarkan.

•  Lesen hendaklah dipamerkan di premis.

•  Mencatat nombor rujukan kelulusan lesen di sebelah kiri bawah papan tanda.

•  Mencatat nama dan nombor syarikat di sebelah bawah kanan papan tanda.

•  Saiz papan tanda melintang melebihi 40 kaki (panjang) X 4 kaki (lebar) dan kedudukan premis di tingkat empat ke bawah perlu mengemukakan Polisi Insuran Perlindungan Awam (Public Liability), sekiranya kedudukan premis di tingkat empat ke atas perlu mengemukakan Polisi Insuran Perlindungan Awam (Public Liability) dan struktur pelan yang disahkan daripada Jurutera bertauliah yang berdaftar.

•  Mempamerkan iklan papan tanda di lokasi dan visual yang diluluskan sahaja.

•  Pertukaran nama syarikat, saiz papan tanda, alamat dan visual dalam tempoh kelulusan lesen hendaklah terlebih dahulu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

•  Dewan Bandaraya Kuala Lumpur berhak membatalkan lesen, menurunkan iklan dan mengenakan tindakan undang-undang sekiranya melanggar syarat-syarat pelesenan atau mendapat bantahan dari orang awam.

• Semua kelulusan pemasangan iklan papan tanda premis tertakluk kepada peruntukan-peruntukan dan Undang-Undang Kecil Iklan (Wilayah Persekutuan) 1982 dan pindaan-pindaannya.

 

Syarat Kelulusan

Syarat Lesen

Kadar Bayaran

Carta Aliran Proses